ABOUT COMPANY

Effenzee Rich Sdn Bhd yang merupakan syarikat 100% milik Bumiputera telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan objektif utama adalah untuk menghasilkan serta berkongsikan kelebihan produk berjenama EFFENZEE kepada umum. Produk yang dihasilkan juga adalah berasaskan kosmetik serta berkonsepkan multifunction iaitu pelbagai tujuan dan kelebihan serta sesuai untuk semua peringkat umur. Ibu pejabat Effenzee Rich Sdn Bhd adalah terletak di Sepang, Selangor berhampiran dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Effenzee Rich Sdn bhd telahpon manghasilkan produk pertama keluarannya iaitu EFFENZEE Myracle Lotion. Produk-produk juga boleh didapati terus melalui ibu pejabat ataupon melalui Distributor-distributor serta Retailer-retailer yang telah dilantik oleh pihak syarikat. Produk kami juga boleh didapati diseluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak), Singapura dan juga Brunei.

Effenzee Rich Sdn Bhd bukan sahaja menjadi medium untuk membantu pelanggan-pelanggan kami, malah syarikat juga membantu golongan-golongan kurang berpendapatan yang ingin menjana pendapatan melalui perniagaan sama ada secara full-time mahupon part-time. Pihak syarikat akan membantu dari segi training secara ‘online’ dan ‘offline’ untuk bahagian marketing, management, leadership dan lain-lain lagi. Effenzee Rich Sdn bhd juga bakal mengeluarkan lebih banyak lagi produk-produk berkualiti untuk kegunaan seisi keluarga di masa-masa akan datang. Insha-Allah

CEO COMPANY

CEO

Ketua Pegawai Eksekutif Effenzee Rich Sdn bhd dan juga pengasas kepada jenama EFFENZEE iaitu Zuriati Mohd Jadi atau lebih dikenali dengan nama panggilan ‘Kak Bid Effenzee merupakan seorang anak tempatan yang telah mengeluarkan produk pertama keluarannya iaitu Effenzee Myracle Lotion.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Beliau pernah menjalankan perniagaan Spa Kecantikan dan Penjagaan Ibu-ibu Berpantang sehinggalah beliau dikenali dengan nama panggilan ‘Kak Bid’ iaitu singkatan untuk Kak Bidan.Bermula dari itu, beliau tercari-cari produk terbaik untuk digunakan di dalam perniagaan Spa Kecantikan dan Penjagaan Ibu-ibu Berpantangnya demi memastikan pelanggan-pelanggan beliau mendapat kualiti servis yang terbaik. Pelbagai jenis produk telah cuba diguna dan diaplikasikan. Melalui pengalaman serta ‘customer feedback’, beliau mendapat ilham mengenai jenis produk yang diinginkan untuk kegunaan perniagaannya.

Akhirnya beliau bertekad untuk mengeluarkan produk keluaran beliau sendiri mengikut cita rasa dan pengalaman beliau. Setelah berbulan-bulan menjalankan proses R&D bersama pengilang-pengilang, maka terhasillah produk pertama keluaran Effenzee Rich Sdn Bhd iaitu EFFENZEE Myracle Lotion.

MISI

Mengeluarkan produk jenama milik syarikat yang berkualiti, ekslusif dan mempunyai keunikan yang tersendiri

Berkongsi kelebihan produk milik syarikat secara berterusan

Menghasilkan ramai ahli-ahli yang berjaya

Sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan

Menguasai pasaran kosmetik Malaysia

“Satu keluarga, satu Effenzee”

VISI

Menjadi pengeluar utama produk kosmetik multifungsi di rantau Asia